KE LAMAN WEB LEMBAGA BANDARAN KUDAT KE LAMAN WEB LEMBAGA BANDARAN KUDAT


Daerah Kudat terletak di bahagian utara Sabah. Pada masa dahulu, Kudat merupakan sebuah pusat pentadbiran pertama sebelum berpindah ke sandakan dan Jesselton (Kota Kinabalu).Daerah Kudat mempunyai 3 buah pusat pentadbiran iaitu Kudat Proper, Pekan Karakit, Pu Banggi dan Pekan Matunggong. Kaum Rungus merupakan penduduk asal Kudat sebelum kedatangan kaum-kaum lain. Kudat dipanggil sebagai “tonjung Berungus” atau disebut juga sebagai Tambarungus. Mengikut cerita yang diceritakan oleh kaum Rungus, terdapat beberapa orang peniaga Cina yang datng ke Tanjung Berungas. Ketika itu, Kudat dipenuhi oleh rumput lalang, peniaga cina yang hairan melihat rumput-rumpat yang tumbuh di merata-rata tempat bertanya kepada penduduk tentang rumput tersebut,penduduk yang ketika itu terdiri daripada kaum Rungus memberitahu mereka bahawa rumput itu berlama “Kutad” yang membawa maksud “Rumput Lalang” dalam bahasa Rungus Peniaga Cina yang tidak dapat menyebut perkataan “kutad” kerana pelat telah menyebutnya sebagai Kudat. Jadi inilah salah satu daripada cerita asal usul nama Kudat,mengikut cerita yang disampaikan oleh kaum Rungus, yang kini tiggal di pedalaman Kudat, Sabah. Nama Kudat terus kekal dan digunakan sehingga kini tanpa perubahan. Namun begitu, menurut cerita lisan yang diceritakan oleh penduduk tempatan, nama Kudat berasal dari satu peristiwa lucu yang berlaku pada 100 tahun yang lalu. Dikatakan pada suatu malam, semasa penduduk di pinggir laut sedang tidur, mereka dikejutkan dengan bunyi yang kuat dari hon sebuah kapal “Santi” yang menyebabkan mereka menjerit “takuddat aku” sambil berlari.Seterusnya perkataan ‘takuddat’ dipendekkan dan menjadi ‘Kudat’, dan perkataan ini dikekalkan menjadi nama bagi tempat ini.

Kemasukan cina pulak selepas pekan Kudat dibuka, fokus SBUB telah beralih kepada kegiatan ekonomi, terutamanya pertanian. SBUB kurang berminat melibatkan orang tempatan dalam kegiatan tersebut, sebaliknya membawa masuk buruh dari China. Hal ini demikian kerana pihak SBUB berpendapat bahawa "nilai produktif dan industri pendatang asing... jauh melebihi orang pribumi Borneo... [tempoh yang lama diperlukan sebelum orang pribumi menjadi aset yang berharga kepada kerajaan negeri seperti pendatang asing". Pada tahun 1882, Gabenor Borneo Utara British, William Cowie, telah meminta Walter Medhurst (yang baru sahaja menjadi Pesuruhjaya Imigresen di China) supaya menghantar buruh Cina ke Borneo Utara British. Medhurst mengumumkan bahawa orang Cina yang ingin bekerja di Borneo Utara British akan dihantar ke situ dengan percuma. Tawaran tersebut telah menggalakkan ramai orang Cina berhijrah ke Borneo Utara British. Kebanyakan daripada mereka menetap di Kudat dan Sandakan kerana bandar-bandar tersebut merupakan bandar terbesar di Borneo Utara British pada masa itu. Sewaktu Medhurst kembali ke United Kingdom pada tahun 1885, seramai 348 daripada 937 penduduk di Kudat merupakan orang Cina. Dalam kalangan 348 orang Cina tersebut, seramai 222 orang bekerja sebagai peniaga.
Kepentingan Kudat menurun secara mendadak selepas Sandakan dijadikan ibu negeri Borneo Utara British yang baru. Walaupun kedatangan pekerja Cina ke Kudat kekal berterusan sehingga ke tahun 1940an, namun kadar kemasukan pendatang baru menjadi semakin perlahan.

Semasa Perang Dunia Kedua, tentera Jepun telah membina sebuah lapangan terbang di Kudat. Mereka tidak membinanya sendiri, sebaliknya mengerah penduduk tempatan untuk kerja pembinaan. Mereka juga membawa masuk pekerja kerahan dari Jawa, Indonesia. Ramai pekerja kerahan, khasnya yang dibawa masuk dari Jawa, terkorban disebabkan kebuluran dan penyakit. Pada tahun 1945, Tentera Udara Amerika Syarikat mengebom lapangan terbang tersebut berkali-kali dengan menggunakan pesawat B-25 Bomber. Lapangan Terbang Kudat yang wujud pada hari ini dibina di lokasi yang sama. Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, Kudat tidak mengalami perkembangan yang pesat kerana kegiatan ekonomi, kebudayaan dan politik bertumpu di Kota Kinabalu (yang pada masa itu dikenali sebagai Jesselton) dan Sandakan. Tambahan pula, sesiapa yang ingin ke Kudat terpaksa menaiki kapal laut sehinggalah jalan Kota Kinabalu-Kudat dibina pada tahun 1960an. Penduduk tempatan kebanyakannya terlibat dalam penanaman pokok kelapa dan mengutip hasil laut. Industri pelancongan di Kudat tidak diberi tumpuan sehingga tahun 1990an, apabila pelancong mula melawat Kudat untuk mendalami budaya dan adat tradisi kaum Rungus. Kebanyakan bangunan kedai yang dibina di pusat bandar Kudat semasa penjajahan British masih wujud. Pada tahun 2000an, beberapa projek pembangunan telah dilaksanakan untuk mempertingkat taraf infrastruktur di Kudat. Hasilnya, Kudat mendapat beberapa hotel baru, sebuah kompleks sukan, Esplanad Sidek, dan sebatang jalan baru yang menghubungkan bandar Kudat dengan Lebuhraya Pan Borneo. Selain itu, padang golf di Kelab Golf Kudat telah diperbesar kepada 18 lubang.